Afdlin Shauki berhasrat terbit sekuel "Papadom 2"

Afdlin Shauki berhasrat terbit sekuel "Papadom 2"

6 Dis – Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menyuarakan hasratnya untuk menerbitkan sekuel filem "Papadom 2" yang berjudul "Mamadom".

"Filem "Papadom 2" bukan sahaja sebuah filem yang sarat dengan unsur komedi, drama dan air mata, malah ia juga sarat dengan mesej kekeluargaanya.

"Saya menghasilkan filem sebegini adalah bagi menunjukkan kepada penonton betapa penting dan besarnya peranan sebagai seorang ayah dalam sesebuah keluarga itu.

"Jadi apabila melihat pelakon utama filem ini iaitu Liyana Jasmay sudah pun berkahwin dan sekarang sedang hamil, jadi saya mungkin akan menghasilkan filem "Mamadom" pula yang mengisahkan pula kehidupan Liyana sebagai seorang ibu," katanya kepada ditemui pada majlis pratonton filem "Papadom 2" di Cathay Cineplex ECurve, Rabu.

Selain Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, "Papadom 2" turut membariskan pelakon hebat seperti Khir Rahman, Hans Isaac, Scha Al-Yahya, Vanida Imran, Norrkhiriah dan ramai lagi.

"Papadom 2" terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Ismail Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Vision Works (M) Sdn Bhd bakal menemui penonton pada 12 Disember ini.