Resipi Ramadan Chef Wan: Ayam Masak Merah

Ramadan Mubarak




BAHAN-BAHAN


Minyaksapi                           

6sudu besar
Kulit kayumanis 1cm
Bungacengkih  
4 kuntum
Buah pelaga              
4biji
Air    
125ml
Ayam         
1kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garamlalu digoreng sampai masak dan diasingkan
Kismis hitam        
125g, dicincang halus 
Sos tomato   
250ml
Madu 
3sudu besar
Serai 1batang, dititik
Lengkuas   
1cm, dititik
Garam 
Secukuprasa
Bijan       
2sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi
Daun pudina    
1tangkai

              
Dikisarhalus

Bawangmerah    
10ulas, dikupas
Bawangputih 2ulas, dikupas
Halia            
2cm, dikupas
Serai       
1batang
Cili kering     
15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan

                 
                       
 CARA                   


  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
  • Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
  • Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.


Datuk Redzuan Ismail, dikenali sebagai Chef Wan, adalah Duta Makanan Malaysia. Beliau akan berada di hotel butik 5-bintang Jakarta, The Dharmawangsa,  dari 21hb Julai 21 ke 28hb Julai di mana beliau akan menghidang sajian istana untuk Pesta Makanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Chef Wan, layari www.gtalent.my