Resipi Ramadan Chef Wan: Ayam Masak Merah
BAHAN-BAHAN
Minyaksapi | 6sudu besar |
Kulit kayumanis | 1cm |
Bungacengkih | 4 kuntum |
Buah pelaga | 4biji |
Air | 125ml |
Ayam | 1kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garamlalu digoreng sampai masak dan diasingkan |
Kismis hitam | 125g, dicincang halus |
Sos tomato | 250ml |
Madu | 3sudu besar |
Serai | 1batang, dititik |
Lengkuas | 1cm, dititik |
Garam | Secukuprasa |
Bijan | 2sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi |
Daun pudina | 1tangkai |
Dikisarhalus
Bawangmerah | 10ulas, dikupas |
Bawangputih | 2ulas, dikupas |
Halia | 2cm, dikupas |
Serai | 1batang |
Cili kering | 15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan |
CARA
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.
Datuk Redzuan Ismail, dikenali sebagai Chef Wan, adalah Duta Makanan Malaysia. Beliau akan berada di hotel butik 5-bintang Jakarta, The Dharmawangsa, dari 21hb Julai 21 ke 28hb Julai di mana beliau akan menghidang sajian istana untuk Pesta Makanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Chef Wan, layari www.gtalent.my