Linda Onn pilih kerabat diraja sebagai suami

Linda Onn pilih kerabat diraja sebagai suami

19 Dis – Penyampai radio popular Linda Onn mengakui hatinya kini sudah disunting seorang jejaka daripada kerabat diraja dan tidak menolak bakal menamatkan zaman solonya pada 27 Disember ini.

Menurut Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn berkata majlis perkahwinannya nanti akan dibuat secara tertutup dan kecil-kecilan yang mana akan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

"Ya saya akan berkahwin. Saya minta maaf bukan niat nak merahsiakan perkara ini, tapi memang (majlis perkahwinan) dibuat secara kecil-kecilan saja," Katanya kepada Berita Harian.

Malahan penyampai berusia 36 tahun itu juga enggan mendedahkan negeri kelahiran kerabat tersebut dan memberitahu satu kenyataan rasmi akan dibuat berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.

Pada masa masa, Linda turut dilaporkan telah menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selepas mengumumkan perkara itu di laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.